SUBHANALLAH

Wednesday, 7 December 2011

~Tips usaha carik jodoh bagi kaum wanita ~

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum semua....haalluu...ape khabar ? macik2, pacik2, cik adikk, cik kakk, cik abgg huhu ~ sehadsehad suma n0o..? Alhamdulillah ~ huhu...post ape tuk kali nih ? meh2 kita tengok sesama jomjomjom *gege... haha...cetengok tajok..toinktoink =.)

Tips usaha untuk carik jodoh bg kaum wanita...~ haha menarik tak mnarik tak ?? msti menarik an ? hah ? ape ? tak menarik ? :( ala...please la please la ckp menarik *huh tolong arr.. haha forget it..not important right ? ngee ~ mesti korang tak sabar nk tahu kan ? hoho...jom layaann ~

be a good muslimah !

first : Girls2 sekalian...you all kene larr persiapkan diri korang ... persiapkan diri ? hah !? cane tuh ?
cenii...you all kene persiapkan diri korang supaya menjadi girls2 b' produkkan  ''solehah'' seperti yg diidam-idamkan...Selalunya girls2 ''solehah'' yg bermutu tinggi dalam agama dan akhlak mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat tau ~

watch ur behavior !

second : Girls2 suma kene larr jage diri korang supaya jgn gedik, mudah menyerah dan melayan  kerana girls2 yg sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki..girls2 semua kan nk jadi mcm bunga yg berada di dalam balang kan ?? girls2 suma xnak kan jadi bunga yg ada dan menghiasi di taman, tepi jalan yg begitu mudah untuk diambil dan dipetik ! btul x ? kita mesti nk yg terjaga btull tak ?

bergaul sesama jantina k !

third : Girls2 haruslah bergaul dgn rakan2 yg sama jantina dgn korang...yg solehah !
berkemungkinan jodoh korang di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yg mungkin soleh-soleh juga...Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat teteli wasilah semata-mata....


forth : jika girls2 terpikat kpd mana2 lelaki...jgn terus bersemuka....sebaliknya minta bantuan org tengah yg soleh...huh malu dowhh kalau bersemuka !! jatuh martabat nanti girls..!

fifth : hehe....boleyh mintak tolong ibubapa, abang, atau saudara untuk tolong carikan ~

say no !

last : jika girls2 dirisik dan anda tertarik dgn akhlaknya, agamanya dan percaya si dia boleh membimbing anda untuk mencari redhaNYA  mintalah si dia merisik secara lebih mulia dgn melibatkan terus ibubapa...kan manis...:) bukannya berdua-duaan antara anda dan si dia..ingat ! dengan cara melalui orang tgh dan menjauhi fitnah adalah cara yg dilakukan Rasulullah S.A.W.... =)

okay ~ thats all untuk perkongsian kali ini !
~ sharing is caring ~

ilalliqa'wa ma'assalamah ~

~afiezz~

Tuesday, 29 November 2011

Surah An-Nuur

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum semua...amacam cuti ? ok ? well skunk ni an musim cti skolah...haa korang isi msa terluang korang nan ape ? berfaedah ke idakk?? buat pe ? ce buku ? waa...gud2 ma....manyak bguss loh ! msa ni la kta kna 'gain' ilmu manyak2....btul ke idakk ?haa...ary ni kte nk kongsi skitt ilmu nan you all semua...erm..you all..sesapa yg ade Al-Quran tafsir cbe bkakk  srah An-Nuur  ayt 30 nan 31...cbe korang tngok ?..ape yg Allah kte ??

Allah berfirman di dalam Surah An-Nuur Ayat 30, maksudnya :

''Katakanlah kepada laki2 yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya ; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat''


So...mens out there ! you all should jge pndgn korang...jgn usha girls2 out there...walaupun diorang dh tutup sgala mcm aurat diorang...

Eh eh girls out there....jgn igt mens je ke yg kne jge pandangan ? girls pun sma tau....

Allah berfirman di dalam Surah An-Nuur Ayat 31, maksudnya :

'' Dan katakanlah kpd para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jgnlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yg (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan jgnlh menampakkan perhisannya (auratnya), kecuali kpd suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka, atau saudara laki2 mereka, atau putra2 saudara laki2 mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau  para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yg mereka miliki, atau para pelayan lelaki2 (tua) yg tidak mempunyai kainginan terhadap (perempuan), atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan jgnlh mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kpg Allah, wahai org2 yg beriman, agar kamu beruntung.''


See...girls pun sma k...!!watch out your behavior !hehe...

ilalliqa'wa ma'assalamah...


~afiezz~

Wednesday, 23 November 2011

makk !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum..semua ! yuuhuuu...semua sehat ? alhamdulillah...y0ouu.. tOday...sy nk kongsi stOry skett nan yOu all semua...this mOral stOry is abOut Our belOved mOther..yezs..Our mummy..Our mama...yeah...read this Okey ! :)



MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'


Jam 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.


Ayah tanya Mak, “Along mana?’


Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”


Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”


Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”


Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”


Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sO sayangi yOur mOm as she is..INGAT ! syurga di bawah telapak kaki ibu...=)

Tuesday, 22 November 2011

~result owh result~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...



Assalamualaikum...halohalohalo kalian..sihat ? da mkn ? sedap ? alhamdulillah..*rezeki drpd ALLAH SWT...
(ha dh start dh crmh dy)...haha de sy kesah?= ='...hailoh hailoh...ok2 skunk nie..zaman dh brubah~dunia pun mju sdaa...mmg xdinafikan..semuanya dhjung jari jer an2 ? if kte nk mkn skali pun just dail 6ber fon kdai mkn tu aje..ala..mcm ayh sy buat hehe..asal? parent korang xpena buatke? haish pena...korang je yg xprasan sume tuh..! a'ah la kn...korang mne lyn kdai mkn..korang lyn pondok pitza..ala..PIZZA HUT la..adoiaii..just tkan 1300882525 btul x?elleh....mcm la sy nih xthu...sy pon thu la..( korang xtnya?)ala..tnyalatnyala...hoho...(asal tetiba ckp psl kemajuan dunia lak nieyh?) haa la....dunia skunk nie kn mmg dh mju...eh eh..btul ape..smpai kn kputusan peksa pun bleh tngok di rmh..jus taep SAPS jer...toinktoink dy kluaq...pastu msuk i/c je..an2.? then plih la jnis periksa yg korang nk tgok..tuptup dy kluaq..haa.korang tngok la...haa..canne result? addaa..ok? alhamdulillah...HAH ape..tara ok? ala....dun  *worriemorrielorrie*..aiyoo....mungkin rzeki anda stakat tu aje buat msa nieyh...ade hikmah d sebalik ape yg ALLAH SWT takdirkan... btul x? alalalala...jgn sdeh..ha..4 bdak2 UPSR..no cry2 ok...*smile :) haa kn commiellottei je...Mmm, mungkin ALLAH SWT  tangguh kejayaan korang tuk msa laen ke...mna kte thu..wk2 kte duk kt U ke..wk2 keje ke....haa...kte xthu...kn2? kte hya brusaha...n tawakkal...ape org kte DUIT haa...DUIT...doa+usaha+istiqomah+tawakal = sucsess 
*in shaa ALLAH*.....ok that's all....tata....INGAT !  DUIT....hehe ngee~~ peace..

~ilalliqa' wa ma'assalamah~


~afiezz~

Monday, 21 November 2011

~ إن شاء الله not إنشاء الله ~

Dengan Nama Allah Yang Maha  Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Assalamualaikum........hyep semua! Kaifahalukum ? Sihat ? Alhamdulillah..*inhale..exhale*...fuh...msih bleh bernafas isn't it..? yeah....Alhamdulillah...Thank to ALLAH SWT...ce tgok kt skeliling kte....bnyak an nikmat yg ALLAH berikan....contoh udara n angin..cbe kta byangkan ALLAH SWT trik blik nikmat tu...berkemungkinan kte dah innalillah dh an ?hmm...so senantiasalh kta mngucapkan syukur kpd PENCIPTA kita..ALLAH SWT....
AHAH!! today...sy nk kongsi ilmu skit nan korang suma ? ary 2 an...mcm besa rutin harian pagipagi on9 fb..haa...bla dh on9 p la kat home page..pastu..sy nmpak..*jengjengjeng*..ade la 1 artikle nih!!sy bca la..bla bca ja, w0w, info yg sesangat mnarik perhatian people..so...sy ingat nk kongsi nan korang..jomjom kte tngok....
*jengjengjeng !
Writing in english, we should not write it as "inshAllah" or "inshallah" because it means: "create ALLAH" (naozobillah). Whether arabic or english, please make sure we write it properly as "In Shaa ALLAH" (IN 3 SEPERATE WORDS).
This means:
"If ALLAH Wills" i did not realize this mistake myself until i read this.
"إن شاء الله" not like this "إنشاء الله"
Haa...sy ni bdak RAJIN tu yg copy and paste tu :p hehe...then..de lgi  =)
''Jika hatimu pernah merasakan sakit dan terluka oleh cinta, maka jangan biarkan itu terus merebak di hatimu, karena ia akan meninggalkan bongkahan yg akan membuat hatimu mudah di masuki virus lain, hingga akan memperparah kondisi hatimu. Tutuplah, dan sembuhkanlah lukamu dgn berserah diri kepada Penguasa dan Pemilik Hatimu, niscaya luka itu akan sembuh dn hilang dgn sendirinya, jikapun ia meninggalkan bekas, maka ia akan menjadi 'ingatan' utk mu utk lebih hati2 menjaga hati, dan membuatmu mengerti akan arti 'rasa sakit'.....
 hehe..amacam ? ok arkk ? haa..kt bwh ni sy de sertakn gmbaq bleh la usha,tenung lma2 jgn smpai t'kluaq bjik mata dh la...sy nk swoh muhasabah diri blik je..bknnya ape pon...haa..jom usha~

w0w spe yg xnak hensem ??cegatau..hehe
haa..for gegirls plak...ingat ! *mlumu* sgt b'harga !!
And last...
SEJUK HATI apabila melihat orang tutup AURAT..lagi sejuk jika melihat orang pakai tudung labuh, baju longgar dan tidak jarang.

Tapi boleh beku hati kalau IKHTILAT(pergaulan lelaki dan perempuan) dijaga rapi, TEGAS dengan lelaki ajnabi, MALU kerana Ilahi, TAAT pada suami, kepada ibu dan ayah dia berbakti, dan JANNAH pasti menjadi destinasi..

Aurat tidak akan tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT, tidak akan tertutup dengan PERANGAI BAIK..tidak akan tertutup dengan KATA-KATA yang BAIK, tidak akan tertutup dengan SOLAT..tetapi akan tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA.. CHILL =D
~assalamualaikum ilalliqa'wa ma'assalamah~

~afiezz~

~FaDhiLat Asmaul Husna~

Assalamualaikum....heyp!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Alhamdulillah...kta msih lg dpt hidup dlm keadaan sihat sejahtera...aman damai...N...paling penting skali...hidup dlm keadaan islam, msih lgi dlm keadaan beriman...Oukay!! HAH ! ckp psal iman....Amacam iman kalian...?? Addaa...Okey...?? Ok..? alhamdulillah..haa...ary nie.sy nk kOngsi sikit pasal "FADHILAT ASMAUL HUSNA"...tau ape itu ? haa..asmaul husna ialah nama2 ALLAH yang indah..ckup indah..! nama2 ALLAH ade 99 iaitu 100 kurang 1..haa nak tau..sy de apply  kt blOg sy...tuuu...kt ats tuu...6pak tak?? alaa..atas tuu...erm..tpi skit..belah kiri blOg..haa...6pak kan..??hehe..(gegesket)

Oukay..shuutt trOss tO da pOint..>.Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata ; Rasulullah SAW bersabda: 
'' Sesungguhnya ALLAH mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang 1; sesiapa yang menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga.''

(HR BUKHARI)

Pastuu...sabda nabi lagi...
Sesungguhnya  ALLAH mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalam syurga dan sabda beliau lagi sesiapa yang dalam duka dan runsing lalu berdoa seperti di atas maka ALLAH SWT akan menghapus duka dan runsing dan digantikan dengan kegembiraan......

Haa....skunk dh thu kan ape fadhilat dy...SUBHANALLAH.... besar kan fadhilat dy...ganjaran syurga kOtt....spe yg tak nk....tp kne niatkan ikhlas kerana ALLAH...bkn krana nkkan syurga...INGAT.. syurga itu  hanya ganjaran ALLAH SWT kpd makhluk-Nya yg taatkan perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya...Ok..?haa...skunk nie..yOu all adh dpt ilmu kan?? sO..kne amalkan..b'cOz...ilmu tanpa amal ibarat pOhOn yang tidak berbuah...sO...sia2 kan..?ermm, nk ckp pe lg tah...err...tape la...stakat ni je la p'kOngsian sy tuk yOu all...Oukay? tata...Assalamualaikum sUme...

~ilalliqa' wa ma'assalamah~

 
~afiezz~

Sunday, 6 November 2011

Fuhh..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Rabbul I'zzah krana dgn rahmat dn nikmat yg Dia kurniakan kpd kta dpt lg kta m'hirup udara segar...dpt lg kta bernafas d dunia ni...haa..ary ni..sy nk cite skit..ha..ary tu ann,ala..cm besa ary sabtu, perkara biasa ke hostell la...''rumah terchenta''...hehe..sy nan ayah sy kluar umh lbih krang pukul 4.50 ''erm smpt lg kutt smpai hostell sblum pkul 6.00'' bsik sy...sblm b'tlak, sy nan ayh sy snggh kt satu kdai cc nih...sy snggh sbb nk p binding folio sy..sy de 2 folio nk kna binding...sy msuk sy 6pak de kak at c2, sy pun gtau la kt kak 2 yg sy nk binding...kak 2 pn kta ok..sy pun ksi la kak 2 folio sy..."6pk mcm pkrja bru''bsik hti sy...sy pn usha la kak tu bt krja..cara dy bt kja...mcm x reti,tp okey la..hsil k'ja dy...sy pun ksi la folio sy yg stu lg...sy usha lg.....mla2 dy binding okeh...mehh yg mka surat blkng2 2...sy tgok dy mcm dh pning.. maklumlh...tebai( nk kta rjin la tuh)hehe..sy tgok,''aii kak ni...kang binding slap kang...dh la tbai pnat je aq buat,nnt nk kna buat len'' dh la spent msa smpai lwat mlm tuk buat folio nihh..pastu sy dgr kak 2 kta ''Allah''......''hah dh sah slap binding nihh kta"..sy dh prasan msa tuh...tggu je la dy nk ngaku kta dy slap binding..kut la dy nk mnx maaf..rupe2nya x..dy siap kta "seringgit" adess....pnass kut msa tuh...sy pn kluar la dri cc tuh...huh...klu ikutkan nafsu td.....mmg nk kna maki dh kak tuh....sy msuk keta...sy pun gtau la ayh,kta kak 2 silap binding...tetiba lak mata sy rsa panass...alamak..mta nihh...sng je nk kluarkan bebola kristal...aduh...xsngka..dy nk kluaq time tuh...ayh sy prasan...ayh sya tny la..''nk blik buat len ka?'' sy kta xyah...sbb dh lmbt dh time tuh...ayh sya pun kta okey..wk2 dlm pjlann tuh..sy kta..''klu ikutkn hati la tdi rsa mcm nk mrahh je kak tuh...nasib baek la...aq pikiaq aq ni msih ade iman...xjdi nk mrah...klu mrah stg..jd pnjg plak crita tu...tkut lmbt nk smpai hostell..hish!! gram btull la..."bsik hati kcill sy...sy pn duk lm keta tuh mlyan perasaan...tup tup..dh smpai hostell...tetiba pakguard thn allamakk??npe nihh??tgok dy ksi ayh sy satu borang..BORANG KELEWATAN....allamakk....hbis la..hmm..dh xleh buat pa dh la...berserah je...ape nk jd...jdila...sy dh x kesah...huu..ary tu sdehh sgt2...2 p'kra mlg jd kt sy...tpi kta xblehh slh kn takdir..klu kta salahkn takdir...itu serupa kta mnyalahkan Allah....hish..tamao2 tak baek...mesti ada hikmahnya klu Allah jdikan sesuatu p'kara...dn akhirnya...sy dpt hntar folio sy...dh siap dh pun....hehe...tgok...Allah..xkn uji makhluknya yg luar dri kemampuan makhluknya...okey...stakat tu je kott cite sy....hehe...ingat, klu kte mra...jgn trus mrah..ingat Allah bebanyak..zikir la...sesungguh nya...zikit e2 dpt menenangkan hati dn jiwa...:)igt...''..afdholu zikir lailahailallah..afdholu du'a..alhamdulillah..''okey....slamat bera'amal...

~Assalamualaikum...ilalliqa wa ma'assalamah....~

~afiezz~

Friday, 4 November 2011

friend..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
 hi!Alhamdulillah... sy bersyukur ke hadrat Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang yang telah mengurniakan kpda makhluk-Nya nikmat sihat n de most important is nikmat iman dn nikmat islam alhamdullah...

dh lma sy x update an??haha...p`kra biasa..buzy la(buzy la sgt)hehe..buzy nan study memenjang..biasa la..org x sberapa..kna la study hard...klu x cnna nk score..btul x?an? hee...huh..thun dpn dh nk PMR..what PMR...huh trasa sram la plak...rsa mcm bru je smlm msuk SMKAB...argh!what ever...tomorrow dh nk ry...bnatng yg nk d korbankn mesti tngh amik angin mlm buat kli t`akhir...:( ksian...pape pon...selamat menyambut hary raya aidiladha for all muslimen n muslimat in Malaysia...for my lovely family...selamat menyambut hari raya aidiladha..n not foget to all my beloved friend...selamat menyambut hari raya aidiladha....owh...sbut psal my friend...sy de something nk bg thu...for my friend...dengarla.. pe yg sy nk ksi thu kt korang...ikhlas dri lubuk hati..listen.....


" MY FRIEND........
..Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah
..Andai ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta
..Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga
...andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
....Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah...
& ...Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa n fatihah...berjanjilah SAHABAT..
Ukkhuwwah kita utk selamanya......Insya'Allah "


So my friend...I`m hoping that our UKHUWWAH will long lasting forever.... to my friend yg dh t`psah jaoh...rindu kt korang....moga2 jmpa lg yekk..hehe....miss you all my friend....:)
 





with love...
~afiezz~   


Monday, 19 September 2011

IniLaH yAnG DiKaTaKaN SaHabAt ~~

Assalamualaikum....
hye sume ! pe khbar ? hmm.. bgaimna iman kalian hari ini ? ada okey ? hehe..em..skrg ni..Afie bleh dktakan rjin m'update(perasan)...alah..biasa la tuh...xdak keja nk bt...drpd wasting time...bek update blogg btul ark? kan2..:)
oukay...tOday Afie nk ckp psal...teman..eh eh..bkn..kawan..eh tak2..SAHABAT...tau knp afie pggl sahabat?? sbb...SAHABAT  itu indah drpd teman @ kawan...oukay ! :)





So...inilah yang dikatakan sahabat :

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan, dia akan membantumu.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripadamu, dia akan menghargai kebaikanmu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menegurmu atau menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan.
  • Jika engkau berdiam diri, dia akan bertanya kesusahanmu.
  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
  • Jika engkau berselisihan faham denganya, nescaya dia lebih mengalah untuk menjaga persahabatan denganmu.







hmm...berapa ramaikah sahabat sejatimu ?

Ingatlah.....!


~mencari sahabat sejati ibarat mencari permata di celahan kaca~

Saturday, 17 September 2011

~WaNiTa~







-->Cantiknya Wanita<--


This one's for the ladies......:D

Allah berfirman:
''Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia ;namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.''

''Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.''

''Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan  mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.''

''Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.''

''Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.''

''Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu-ragu.''

''Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan.''

''Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.''

~RENUNGKAN~





CiNta ?






~Bahaya Cinta Sebelum Kahwin~

  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.
  • Rindu palsu akan membelengu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
  • Fitrah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku.
  • Jika aku dan dia berjaya melngkah ke alam rumah tangga necaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Nauzubillah !

~renungan bersama~~=)

Tuesday, 13 September 2011

~CiNtA PaLeStiN~





10 wAYs To SuPpOrT GaZa~

  • Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestine seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
  • Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mel, telefon, print dan sebagainya.
  • Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar Yahudi yang dapat di tewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.
  • Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu daripada mana, dan kongsikan perasaan kamu, sokongan kamu, simpati kamu dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan syahid. Boleh hubungi nombor ini 009708285xxxx. Tukarkan nombor xxxx dengan sebarang nombor.
  • Lekatkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, laptop, komputer dan sebagainya.
  • Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.
  • Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran-jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat berkumpulan.
  • Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. Jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanyakan khabar seseorang.
  • Boikot ! boikot ! boikot ! Barangan Israel dan Amerika.
  • Ingat Palestin dalam doa dan solat.
  • Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel.  
 
 
 

~SaJaK AmInAh QuBth BuAt BaKaL SuAmI~


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kapada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

~Aminah Qubth~

=Aminah Qubth merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qubth yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.