10 wAYs To SuPpOrT GaZa~
- Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestine seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
- Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mel, telefon, print dan sebagainya.
- Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar Yahudi yang dapat di tewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.
- Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu daripada mana, dan kongsikan perasaan kamu, sokongan kamu, simpati kamu dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan syahid. Boleh hubungi nombor ini 009708285xxxx. Tukarkan nombor xxxx dengan sebarang nombor.
- Lekatkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, laptop, komputer dan sebagainya.
- Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.
- Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran-jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat berkumpulan.
- Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. Jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanyakan khabar seseorang.
- Boikot ! boikot ! boikot ! Barangan Israel dan Amerika.
- Ingat Palestin dalam doa dan solat.
- Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel.



hye..
ReplyDeletekomen lha ! :D